-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Harga RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal

| September 21, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-21T11:26:22Z

KUALA LUMPUR-- Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen seliter, manakala harga diesel dan petrol RON95 tidak berubah bagi tempoh 22 sehingga 28 Sept ini.


Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, penurunan itu menjadikan harga runcit RON97 turun daripada RM4.15 kepada RM4.05 seliter. 


Harga siling bagi RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global.


Harga baharu itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).


“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update