-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Saya tulis sendiri semua penghakiman saya, Mohamed Zaini

| September 01, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-01T10:18:07Z
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan

KUALA LUMPUR—Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan terus mendengar dan membuat keputusan dalam kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.


Mohamed Zaini menolak permohonan Rosmah yang dikemukakan pada saat-saat akhir agar beliau menarik diri daripada mendengar kesnya. 


"Maaf kerana membuatkan semua orang ternanti-nanti. Saya gagal mencari orang yang sudi menulis penghakiman untuk saya, jadi saya terpaksa tulis sendiri.


 "Saya harap unit penyelidikan maafkan saya tetapi saya tidak membaca pendapat mereka... Sejujurnya, saya sentiasa melakukan sendiri tugas saya, sesusah manapun ia. Sesiapa sahaja boleh menyatakan pendapat masing-masing namun yang penting adalah pendapat saya sendiri,” katanya.


Hakim itu berkata berkata dokumen terbabit (kononnya penghakiman kes Rosmah yang bocor) bukanlah alasan penghakiman yang disediakan olehnya dan beliau tidak akan menggunakan ia dalam penghakiman.


"Saya telah melakukan kajian sendiri. Saya telah menulis 200 penghakiman setakat ini dan semuanya saya tulis sendiri. Ramai yang tidak menyedari betapa sukarnya tugas saya. Saya tidak mempunyai prejudis terhadap beliau (Rosmah).


Mohamed Zaini berkata keputusan dalam kes Rosmah adalah dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang.


“Apa jua perasaan, kita tinggalkan di luar pintu sebelum duduk di kerusi hakim,” katanya sebelum menolak permohonan Rosmah.


Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu atas alasan penghakiman yang bocor dalam kes beliau dan telah ditularkan oleh media massa serta elektronik pada 26 Ogos lepas disediakan oleh pihak lain.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update