Sakit dada terkejut lihat kediaman terbakar

Rumah terbakar di Kampung Baru Darat Kabong, Sebuah keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Kampung Baru Darat Kabong terbakar

SARATOK--Sebuah keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Kampung Baru Darat Kabong di sini, terbakar pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Saratok, Pegawai Penguasa Bomba(PPgB) Muhd Syukur  Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.36 pagi dengan menggerakkan 11 anggota BBP Saratok ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 51 kilometer dari balai terbabit.



"Kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu setingkat yang telah terbakar keseluruhan.


"Seramai enam penghuni yang terdiri daripada masing- masing dua lelaki dewasa dan wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berjaya menyelamat diri terperangkap dalam kebakaran itu," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,seorang penghuni yang  mengalami sakit dada akibat terkejut dengan kejadian itu telah dibawa ke hospital oleh anaknya untuk mendapat rawatan.


"Pasukan Bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan dua aliran  200 kaki dan tiga nozel sumber air dari pili Bomba. 



"Terdapat sebuah rumah dua tingkat yang terletak berhampiran turut  terjejas dalam lima peratus di bahagian dinding luar rumah kesan dari kebakaran tersebut," katanya.


Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.29 tengah hari, operasi pemadaman ditamatkan pada jam 1.03 tengah hari.




LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.