PRU15:GPS kekal status quo pembahagian kerusi - Abg Jo

Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Gambar arkib

KUCHING-- Pembahagian kerusi parlimen antara parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pilihan raya umum akan datang, kekal seperti ditandingi seperti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ini.


Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg pembahagian bagi semua kerusi untuk keempat-empat parti komponen gabungan itu masih mengikut status quo.


Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata GPS bergerak dalam satu suara dan persetujuan dalam isu pembahagian kerusi.


“Ya kita akan kekal (status quo),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di sini, hari ini.


PBB yang menerajui GPS ketika ini mempunyai 13 Ahli Parlimen.


Tiga lagi parti komponen GPS ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang memiliki dua kerusi Parlimen, Parti Demokratik Progresif (PDP) juga dua kerusi dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan satu kerusi.


Pada PRU14, PBB telah bertanding di 14 kerusi parlimen, SUPP (7), PRS (6) dan PDP (4).


Sementara itu, Abang Johari berkata GPS sentiasa bersedia untuk memasuki gelanggang pilihan raya pada bila-bila masa.


 -- BERNAMA 

Next Post Previous Post