Abang Jo tawar biasiswa kepada pelajar cemerlang Politeknik Kuching

Premier tawar biasiswa kepada pelajar cemerlang Politeknik Kuching

KUCHING: Seorang pelajar cemerlang yang menuntut di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan bergraduasi pada Rabu amat bertuah kerana telah ditawarkan  biasiswa Yayasan Sarawak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 


Sonia Tay Yee, 22 tahun, pelajar akauntansi yang berasal dari Pantu, Sri Aman telah membuktikan kecemerlangan beliau apabila menerima anugerah pelajar terbaik dari segi akademik dan bukan akademik pada Konvokesyen Ke-30 PKS. 


 

Pada sidang media selepas menyampaikan Sijil Diploma kepada 800 pelajar PKS, Datuk Patinggi Abang Zohari berkata beliau sempat bertanya kepada Tay Yee samada ingin meneruskan  pengajian. 



Tay Yee menjawab ya kata Premier dan beliau  seterusnya menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak bersedia menawarkan biasiswa melalui Yayasan Sarawak kepadanya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan menerusi Unit Pusat Universiti ( UPU).



Tay Yee boleh juga memohon tempat di universiti tajaan Kerajaan Sarawak termasuk Swinburne dan Universiti Teknologi (UTS) jika tidak diterima melalui UPU, ujar Premier yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak. 


Seramai 1,268 pelajar bergraduasi pada konvokesyen tersebut yang diadakan di sebuah hotel di sini.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.