Kereta jatuh cerun di Jalan Lundu-Bau, seorang mangsa cedera
LUNDU--Seorang cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke cerun dalam ketinggian 40 kaki berdekatan Kampung Stungkor, Jalan Lundu-Bau di sini, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.29 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Lundu ke lokasi kejadian.
"Kemalangan kendiri membabitkan sebuah Proton Saga BLM
"Dua orang mangsa telah keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,pasukan Bomba bertindak membawa naik seorang mangsa yang cedera berusia 24 tahun menggunakan peralatan pengusung manakala seorang mangsa lagi berusia 20 tahun tiada mengalami sebarang kecederaan.
"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Lundu oleh Unit EMRS.
"Setelah memastikan keadaan dilokasi selamat pasukan Bomba berangkat balik ke balai," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.