PRU15: PH tubuh jawatankuasa runding kerjasama MUDA, PSM

Majlis Presiden Pakatan Harapan setuju membentuk satu jawatankuasa mengadakan rundingan, PRU15, PH tubuh jawatankuasa runding kerjasama MUDA, PSM

KUALA LUMPUR-- Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bersetuju membentuk satu jawatankuasa bagi mengadakan rundingan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Majlis itu dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dicapai dalam mesyuarat hari ini yang meneliti dan membincangkan permohonan keanggotaan MUDA serta hasrat Parti PSM untuk bekerjasama dengan PH secara rasmi.


Menurut kenyataan itu jawatankuasa berkenaan dianggotai oleh seorang wakil dari setiap parti komponen PH iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Steven Sim Chee Keong (DAP), Mohd Hasbie Muda (Amanah) dan Datuk Ewon Benedick (UPKO).


“Hasrat MUDA dan PSM ini bererti, parti-parti yang bersedia berpegang pada prinsip-prinsip dan berada di landasan yang sama dengan PH dapat dirangkul kekuatan bagi menghadapi PRU15. Pada masa yang sama, pertembungan kerusi pada PRU15 akan dapat dielakkan,” menurut kenyataan itu.


Sebelum ini, media melaporkan MUDA telah menghantar permohonan parti itu untuk menyertai PH secara rasmi manakala PSM turut menyatakan hasrat untuk menjalinkan pakatan pilihan raya dengan gabungan itu.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.