Lelaki hilang ketika cari sayur di Tapah
SERIAN-- Seorang lelaki dikhuatiri hilang di hutan ketika mencari sayur di kebun berdekatan Tapah, Batu 25, Jalan Kuching-Serian di sini, Selasa lalu.
Difahamkan mangsa, Thian Nyok Hiong,56, keluar pada jam 4 petang memakai seluar berwarna hitam, t-shirt berkolar.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan behubung kes itu dari Balai Polis Tapah jam 6.05 petang hari ini dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Serian ke lokasi kejadian.
"Usaha pencarian telah dilakukan oleh keluarga namun mangsa masih belum dijumpai sehingga sekarang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tapah.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.