Tangan tersepit mesin pemerah air tebu

Ibu jari tangan kiri seorang lelaki cedera tersepit pada mesin pemerah tebu, Tangan tersepit mesin pemerah air tebu

KUCHING--Nasib malang menimpa seorang lelaki selepas ibu jari tangan kirinya cedera tersepit pada mesin pemerah tebu berhampiran Taman Kopodim di sini, hari ini.


Ketika kejadian, mangsa, Farhanuddin Foji,25, sedang melakukan kerja memerah air tebu.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan behubung kes itu jam 5.06 petang dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian. 


"Setibanya di lokasi kejadian didapati mangsa sedang menahan kesakitan akibat ibu  jari tangan sebelah kiri telah tersepit di mesin memerah tebu.


"Pasukan Bomba telah bertindak mengeluarkan jari mangsa yang tersepit dengan peralatan khas," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,operasi mengeluarkan jari mangsa yang tersepit telah berjaya dilakukan.


"Mangsa telah dihantar oleh pasukan ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ke Hospital Umum Sarawak(HUS)  untuk mendapat rawatan," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.