-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Lebih 1,000 kanak-kanak maut kemalangan

| September 19, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-19T08:56:50Z

Pameran sempena Program Inisiatif Keselamatan Pejalan Kaki dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah di Kadok, Kota Bharu, Kelantan. Gambar kredit Utusan/Rosalwani Che Soh

KOTA BHARU— Lebih 1,000 kematian membabitkan golongan kanak-kanak termasuk kanak-kanak yang berjalan kaki direkodkan dalam kes kemalangan jalan raya sejak 2019.


Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Profesor Dr Kulanthayan KC Mani berkata pemanduan melebihi had laju dan penggunaan kenderaan persendirian dikenal pasti sebagai punca utama kemalangan yang melibatkan kematian kumpulan itu termasuk remaja berusia 18 tahun ke bawah.


Katanya, menurut statistik sejak 2019 sehingga kini, sebanyak 6,000 kematian direkodkan dalam kemalangan jalan raya dan daripada jumlah itu 1,000 kematian melibatkan kanak-kanak.


“Bagi mengurangkan kemalangan ini, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengurangkan had kelajuan kenderaan masing-masing dan tidak tergesa-gesa serta terus mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan," katanya kepada pemberita selepas Program Inisiatif Keselamatan Pejalan Kaki dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah di Kadok di sini hari ini.


Kulanthayan berkata kebanyakan kes kematian membabitkan pembonceng motosikal, diikuti penumpang kereta dan pejalan kaki yang juga terdiri daripada pelajar sekolah.


Menurutnya kemalangan melibatkan pengangkutan awam seperti bas adalah sedikit, justeru orang ramai digalakkan untuk menggunakan kenderaan awam.


Sementara itu, program berkenaan diadakan bertujuan memberi taklimat keselamatan jalan raya kepada ibu bapa untuk disampaikan kepada anak masing-masing dan seterusnya diekspresikan menerusi lukisan.


Kulanthayan yang juga Penyelidik Bersekutu Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata lukisan menunjukkan luahan kanak-kanak tentang keadaan di kawasan sekolah yang merupakan antara lokasi kemalangan.


Safe Kids Malaysia adalah organisasi yang bekerjasama dengan pihak kerajaan, industri, sekolah-sekolah dan komuniti untuk mendidik keluarga dan meningkatkan kesedaran mengenai kecederaan dan kematian yang boleh dicegah, terutama keselamatan jalan raya dan pencegahan kelemasan.

-- BERNAMA


×
Berita Terbaru Update