Kelalaian warga emas memasak nyaris sebabkan rumah kedai terbakar
SARIKEI--Sebuah kediaman rumah kedai di Jalan Merdeka di sini, nyaris terbakar dipercayai berpunca daripada kelalaian dua warga emas lelaki dan wanita berusia 90 dan 73 tahun ketika memasak semalam.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PBK11 Bakar Uiang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10 pagi dengan menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.
"Api telah menyambar mop yang diletakkan berhampiran dengan dapur memasak yang menyebabkan berlaku kebakaran.
"Hasil tindakan pantas penghuni bersebelahan kebakaran telah berjaya dipadam menggunakan air paip yang berdekatan dan kebakaran hanya melibatkan perkakas dapur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,tiada kemalangan jiwa yang berlaku, mangsa berjaya keluar dari kediaman dibantu penghuni lain.
"Tindakan operasi pihak Bomba membuat pemantauan dan pemeriksaan di lokasi kejadian," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.