Kanak-kanak lelaki maut kemalangan libatkan dua kenderaan

Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam kejadian kemalangan jalan raya, Kanak-kanak lelaki maut kemalangan libatkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing

JASIN—Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing, di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan berkata kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, melibatkan kereta Produa Alza yang dinaiki empat beranak dalam perjalanan dari Kesang menghala ke Durian Tunggal, manakala pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah Durian Tunggal ke Jasin. 


“Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun, telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dipandu ayah kanak-kanak lelaki terbabit.


“Kejadian itu menyebabkan mangsa, Afif Daiyan Shamsuri yang berada di tempat duduk belakang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mengulas lanjut Mispani berkata pemandu dan anak perempuannya berumur 11 tahun yang turut berada di tempat duduk belakang, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.


Katanya isteri mangsa yang berada di tempat penumpang hadapan, mengalami kecederaan ringan manakala pemandu pacuan empat roda itu mengalami kecederaan di bahagian dada. 


“Mayat kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat, manakala kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan.


“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ,” katanya.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.