Harga petrol RON97 turun lima sen, RON95 dan diesel kekal

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR— Harga runcit petrol RON97 akan turun lima sen daripada RM4.20 kepada RM4.15 seliter manakala RON95 dan diesel tidak berubah bermula esok hingga 21 Sept ini.


Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, RON95 dan diesel masing-masing akan kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua bahan api itu telah meningkat melebihi paras harga siling semasa.


Menurut kementerian, harga baharu itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).


“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-- BERNAMA

Next Post Previous Post