GPS tubuh jentera parti, siap-sedia PRU-15
KUCHING-- Gabungan Parti Sarawak(GPS) bersiap- sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan pada bila-bila masa mulai sekarang walaupun Parlimen belum dibubarkan.
Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abg Openg berkata, sebagai persedian awal, parti itu sudah menubuhkan jentera parti dengan pembahagian kerusi diputuskan atas semangat GPS, Sarawak Didahulukan.
Menurutnya, empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) sepakat dalam pembahagian kerusi.
"Jumlah kerusi yang akan ditandingi kekal seperti yang dibahagikan ketika empat komonen parti ini bersama Barisan Nasional (BN) pada 2018," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi GPS di Pusat Konvensyen Borneo(BCCK) di sini malam tadi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak, PBB bertanding di 14 kawasan, SUPP (7), PRS (6) dan PDP (4).
Menjelas lanjut, katanya, mesyuarat tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk membentuk sayap wanita dan pemuda dari setiap parti komponen sebagai ahli Majlis Tertinggi GPS yang mana telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan ( ROS ) dan juga akan membentuk sayap belia 1828 ke majlis tersebut setelah setiap parti komponen mendapat kelulusan ROS bagi penubuhan sayap mereka kelak.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.