2 pusat hiburan diserbu, 6 lelaki positif dadah

Polis menyerbu dua pusat hiburan di Jalan Sungai padungan dan Jalan Green Hill dan menahan 6 lelaki didapati posifif dadah

KUCHING—Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching menyerbu dua pusat hiburan di Jalan Sungai Padungan dan Jalan Green Hill di sini, sempena Ambang Merdeka.


Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah(BSJND) disertai pegawai dan anggota itu melakukan pemeriksaan terhadap 20 individu.


Menurutnya,hasil ujian air kencing mendapati enam lelaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.


"Mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, kesemua yang diperiksa berusia dalam lingkungan 19 hingga 43 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, empat suspek mempunyai pelbagai rekod lampau kesalahan dadah.


"Kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," tegasnya.

Next Post Previous Post