UMNO adakan mesyuarat tergempar

UMNO, Mesyuarat tergempar, Ibu pejabat parti, Berita Malaysia
Gambar arkib

KUALA LUMPUR—UMNO mengadakan mesyuarat tergempar melibatkan Ketua-ketua Bahagian di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.


Mesyuarat yang dipercayai bermula 12.30 tengah hari itu dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan disertai Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Antara yang dilihat di lobi Menara Dato Onn itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin  dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.


Pengamal media mula berkumpul di lobi ibu pejabat parti itu seawal 11 pagi berikutan tular mesej memanggil ketua-ketua bahagian UMNO hadir mesyuarat tergempar berkenaan.


Menurut mesej tersebut, Ahmad Zahid dan Mohamad Hasan meminta Ketua-Ketua Bahagian menghadiri pertemuan khas berhubung satu perkara amat penting demi masa depan parti.


Sehingga kini inti pati mesyuarat itu belum dapat dipastikan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.