Pemandu lori ditahan, positif dua jenis dadah

Pemandu lori ditahan, miliki dan positif dua jenis dadah di Mukah

MUKAH— Seorang pemandu lori ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis di tepi Jalan Mukah - Balingian, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias, berkata lelaki berusia 31 tahun dari Nanga Dijih itu ditahan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah dan Dadah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah dalam operasi sekitar 10.35 pagi.



“Pemeriksaan ke atas beg silang dibadan suspek membawa kepada penemuan dua paket plastrik lutsinar dan satu keratan straw lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 19.81 gram.


Dadah tersebut dirampas dan suspek kemudian dibawa ke IPD Mukah untuk disiasat. Hasil ujian air kencing awal mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan semalam.



Beliau menambah, permohonan reman akan dibuat pada hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39a(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Siasatan awal juga mendapati suspek mulai terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah sejak awal Jun tahun ini.


Semakan rekod kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai dua lampau berkaitan dadah,” kata Muhamad Rizal.

Next Post Previous Post