Tular video pergaduhan di Sibu, polis tahan lima lelaki

Tular video pergaduhan, Sibu, Polis tahan lima lelaki, Sarawak Update
Tangkap layar klip video pergaduhan yang tular.

SIBU— Polis menahan lima lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh di luar sebuah bistro di Jalan Pahlawan Sibu bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, polis pada 21 Ogos (Ahad) sekitar jam 11 pagi telah mengesan satu klip video pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki yang tular di media sosial.


“Rakaman video berdurasi 42 saat itu memaparkan kejadian pergaduhan antara beberapa orang lelaki di luar sebuah bistro di Jalan Pahlawan, dekat sini.


Hasil risikan yang dibuat, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu sekitar 2 .15 petang semalam berjaya menahan lima lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu,” katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, semua suspek berusia dalam lingkungan 29 hingga 50 tahun akan direman hari ini.


Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.