Tiada pilihan raya kecil di DUN Batu Lintang, Asfia

Pilihan raya kecil, DUN Batu Lintang, Asfia, Sarawak Update
Belum menerima sebarang akujanji bertulis daripada See Chee How sebelum beliau menerima surat perletakkan jawatannya dari PSB pada 12 Ogos lepas - Asfia Awang Nassar 

KUCHING—Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang tidak kosong dan tidak akan ada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi DUN terbabit.


Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar  Mohamad Asfia Awang Nassar berkata ini kerana beliau tidak dapat menentukan penyandang kerusi terbabit See Chee How  dibawah Artikel 17 (7) (a) Sarawak State Constitution telah dibatalkan keahliannya di DUN Sarawak.


Katanya artikel itu terpakai dimana seseorang  secara sukarela memberikan akujanji bertulis kepada Speaker yang beliau tidak akan meletak jawatan sebagai ahli parti yang beliau telah bertanding atau yang kepunyaan beliau apabila dipilih ke DUN dan jika melakukannya akan dibatalkan keahliannya sebagai ahli DUN dan kerusinya dikosongkan.


"Artikel 17 (7) (a)  bermaksud bagi akujanji itu menjadi menjadi efektif, mesti diberikan sebelum orang yang dipilih itu melepaskan jawatan dalam parti dimana beliau bertanding ketika pilihan raya,"katanya ketika mengadakan sidang media di DUN Sarawak, di sini, hari ini.


Asfia berkata dalam kes ini, beliau tidak pernah ada menerima sebarang akujanji bertulis berkaitan See Chee How sebelum beliau menerima surat perletakkan jawatannya dari PSB pada 12 Ogos lepas.


Manakala surat akujanji yang dikatakan ditandatangani See Chee How telah disimpan PSB selama lapan bulan dan 12 hari sebelum surat itu disampaikan Presiden PSB, Datuk Sri Wong Soon Koh ke pejabatnya pada 15 Ogos 2022.


"Ini tiga hari selepas saya menerima satu surat dari See Chee How yang beliau meletak jawatan dari PSB dengan serta-merta," katanya.


Beliau berkata surat akujanji itu yang secara spesifiknya ditujukan kepada Speaker sepatutnya dihantar dalam 15 hari dari tarikh 3 Disember 2021 untuk mematuhi tarikh pilihan raya pada 18 Disember 2021.


Katanya dalam suratnya pada 12 Ogos lepas , See Chee How juga menyatakan yang beliau akan terus berkhidmat di kawasannya di DUN N.11 Batu Lintang.


"Apa yang beliau katakan dalam suratnya pada 12 Ogos 2022, menyebabkan keraguan  serius yang beliau telah sukarela lakukan secara bertulis kepada saya yang beliau akan mengosongkan kerusinya di DUN sekiranya beliau perlu meletakkan jawatan dari PSB," katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.