Tujuh pengunjung premis hiburan positif dadah ditahan dalam dua serbuan berasingan
KUCHING: Seramai tujuh pengunjung di dua premis hiburan di sekitar Kuching ditahan semalam dipercayai terlibat dalam pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, serbuan dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Jalan Ban Hock dan Jalan Song Thian Chook.
"Sepanjang operasi serbuan di dua premis hiburan di kawasan tersebut, seramai 43 individu telah diperiksa.
"Kesemua individu berusia antara lingkungan 19 hingga 51 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ashmon berkata daripada jumlah berkenaan, hasil saringan awal air kencing mendapati tujuh lelaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Sehubungan itu katanya, kesemua suspek yang ditangkap kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Sekiranya disabitkan kesalahan, kesemua individu terbabit boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM5,000 atau hukum penjara tidak lebih dua tahun," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.