Pos GABMA Ops Keris Parang Gabungan 2022 diaktifkan


KUCHING-- Pos Gabungan Malaysia Indonesia (GABMA) Ops Keris Parang Gabungan 2022 di Kem Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) diaktifkan secara serentak bermula hari ini.


Menurut satu kenyataan hari ini, pengaktifan Pos GABMA itu melibatkan tiga lokasi Kem TDM di negeri ini.


Ia meliputi Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Biawak di Lundu, Kem JPG Tebedu di Serian dan Kem JPG Lubok Antu.  



Sementara Pos TNI AD pula melibatkan Pos Nanga Badau, Pos Entikong dan Pos Sajingan. 


Jelas kenyataan itu, TNI-AD menghantar 10 anggota di ketiga-tiga pos bagi melaksanakan Op Keris Parang Gabungan.


Manakala TDM menghantar lapan anggota lain-lain pangkat (LLP) ke Pos Nanga Badau, Pos Entikong dan Pos Sajingan/Aruk.


Majlis pengaktifan GABMA di Kem JPG Tebedu disempurnakan oleh Panglima 3 Briged, Briged Jeneral Mohd Kamil Abdul Latiff. 



Pasukan yang terlibat ialah Rejimen ke 4 Kor Armor Diraja dan Bn Inf 645 Ghardatama. 


Turut hadir Pegawai Memerintah Batalion Infrantri 645 Leftenan Kolonel Hudallah S.H, Peg Mem 4 KAD Lt Kol Mohamad Sazili Hussain dan MMLO Lt Kol Haizal Mohamad Ariffi. 


Pengaktifan Pos GABMA adalah signifikan dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia amnya dan TDM-TNI AD khasnya sejak ia ditangguhkan pada awal tahun 2020 kerana pandemik COVID-19. 


Penugasan GABMA adalah sebahagian daripada operasi pengawal Keselamatan Pos 24 jam, rondaan berkenderaan,rondaan berjalan kaki dan SERKAP/SERDAP.

Next Post Previous Post