MoT belum tetap lesen vokasional penunggang p-hailing

MoT, Lesen vokasional, Penunggang p-hailing, Berita Malaysia
Gambar kredit Vulcanpost

KUALA LUMPUR—Kementerian Pengangkutan (MoT) belum menetapkan lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong.


Semasa sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini hari ini, beliau berkata pihak MoT sedang mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan berhubung perkara berkaitan sektor itu.


Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Lim Pay Hen yang ingin tahu mengenai mekanisme pendaftaran lesen vokasional baharu yang telah dipersetujui MoT bagi memastikan golongan penunggang p-hailing tidak akan terbeban. 


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.