Notification

×

Iklan

Iklan

Wanita rentung kereta terbakar dalam kemalangan dua kenderaan

| Ogos 15, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-15T07:52:28Z
Seorang wanita maut terbakar dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 35 Jalan Nanga Medamit pagi tadi. Gambar Bomba


LIMBANG—Seorang wanita rentung apabila kereta dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Nanga Medamit di sini, pagi tadi.


Mangsa dikenal pasti sebagai Dorris Serudin berusia 55 tahun.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9 pagi dan menggerakan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi.


Sejurus tiba, Komander Operasi, Pgb Awangku Mohd Hazman Awang Zainal mengesahkan kejadian kemalangan melibatkan kenderaan Proton Saga dan kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux.


"Kedua-dua kenderaan tersebut dilaporkan berlanggar dan mengakibatkan kenderaan Proton Saga terbakar di lokasi sementara kenderaan Hilux terbabas di tepi jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut PGO, pasukan bomba terus membuat kerja-kerja pemadaman sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.


Selepas pemadaman selesai, PGO berkata pasukan bomba mendapati seorang mangsa wanita rentung yang merupakan pemandu kenderaan Proton Saga.

×
Berita Terbaru Update