Tragedi mandi sungai

Gambar hiasan

SRI AMAN--Kegembiraan enam rakan mandi di sungai Nanga Entalau Skrang, di sini, bertukar tragedi selepas salah seorang daripada mereka lemas hari ini.


Dalam kejadian itu mangsa dikenali Tay Xian Wei,21.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kawalan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Betong menerima laporan berhubung kes itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Sri Aman Jaya jam 7.16 malam ini.


"Mangsa bersama lima orang rakan  sedang  melakukan aktiviti mandi sungai. 


"Mangsa telah hilang dan dikhuatiri lemas manakala lima orang rakan mangsa selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,pasukan Bomba dalam perjalanan ke Balai Polis Skrang  untuk mendapat maklumat selanjutnya.

Next Post Previous Post