Padah aksi 'wheelie', tiga remaja ditahan

Padah aksi 'wheelie', Tiga remaja ditahan, Op Samseng, kawasan Masja, Sarawak Update
Gambar kredit PDRM

KUCHING--Tiga remaja menerima padah apabila ditahan polis selepas melakukan aksi wheelie dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan Masja di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah (IPD) Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kesemua suspek ditahan berusia dalam lingkungan 17 hingga 18 tahun.



Kesemua remaja kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya dalam kenyataan hari ini.


Mengulas mengenai operasi tersebut, Ahsmon berkata operasi telah bermula pada jam 5 petang hingga jam 1 pagi.


Katanya, operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching diketuai Inspektor Ngang Kalimpot.


“Pasukan telah mengeluarkan 158 keping saman (PDRM (K) 257) atas pelbagai kesalahan lalu lintas.


“Sebanyak 103 buah motosikal dan 112 individu telah diperiksa menerusi operasi selain telah menyita sebanyak 45 motosikal.


“Sehubungan itu, polis mengalu-alukan maklumat dari orang awam berkaitan sebarang aktiviti samseng jalanan,” katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.