Terpedaya menang peraduan RM500, pembantu kedai rugi lebih dua kali ganda

Gambar hiasan kredit Unsplash

SIBU-- Seorang pembantu kedai lelaki mengalami kerugian RM1,150 setelah terpedaya dengan hadiah peraduan wang tunai RM500 pada Rabu.


Mangsa berusia 22 tahun semasa di rumahnya di Rejang Park, Sibu dikatakan menerima satu panggilan telefon yang memperkenalkan diri dengan menyamar sebagai pegawai Maxis.


Mangsa telah diberitahu bahawa dia telah memenangi peraduan wang sebanyak RM500.


Setelah itu, mangsa telah menerima satu pautan melalui aplikasi Whataspp iaitu (https://maxishtlink.wixsite.com/hotlink).


Kemudian, mangsa telah menekan pautan tersebut dan mengisi maklumat butiran peribadi yang dinyatakan seperti nombor telefon dan perbankan dalam talian milik mangsa.


Selepas mangsa mengisi maklumat tersebut mangsa mendapati sistem dalam keadaan "loading" dan dia telah hubungi semula dan memberitahu lelaki tersebut (suspek) bahawa sistem dalam keaadan "loading" dan mangsa diberitahu perlu menunggu dalam masa 30 minit.


Bagaimanapun, pada jam 12.55 tengah hari, mangsa telah terima pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank mengatakan wang dalam akaun miliknya telah dipindahkan ke akaun milik seorang wanita sebanyak RM1,150.


Ekoran itu, mangsa merasa ditipu dan tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.


Kes masih dalam siasatan.

Next Post Previous Post