Rumah lombong Bitcoin babitkan kerugian RM201,129 diserbu


SIBU--Taktik menjadikan rumah di Jalan Lorong Setia 3, di sini bagi menjalankan aktiviti melombong Bitcoin dengan penyambungan elektrik secara haram gagal menggaburi mata pihak berkuasa.


Rumah berkenaan diserbu Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Sibu bersama pihak Sesco jam 12.30 tengah hari semalam.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, hasil serbuan itu pihaknya merampas sebanyak 10 unit mesin miner crypto yang dianggarkan bernilai RM 13,500.


"Nilai kerugian akibat penyambungan elektrik secara haram dianggarkan  berjumlah RM 201,129," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.

Next Post Previous Post