Nak pinjam RM3,000 untuk modal berniaga tetapi ditipu RM500

Pinjam RM3,000 untuk modal, Peniaga ditipu RM500, Peniaga wanita ditipu, Sarawak Update
Gambar hiasan kredit unsplash

SIBU-- Hasrat seorang peniaga wanita di sini untuk mendapatkan pinjaman bagi tujuan berniaga punah apabila dia menjadi mangsa penipuan pinjaman tidak wujud.


Sebelum itu, mangsa berusia 52 tahun semasa berada di Jalan Hua Kiew, Sibu pada 19 Julai lalu sekitar jam 2.37 petang ternampak iklan Public Credit Services semasa melayari Facebook.


Berikutan itu, dia ingin membuat pinjaman sebanyak RM3,000 bagi tujuan berniaga dan mangsa telah meninggalkan nombor telefon.


Dia kemudian dihubungi oleh ejen pinjaman nama "Nur Afik" dan telah diminta untuk memasukkan wang sebanyak RM250 ke akaun milik seorang individu lelaki bagi urusan pinjaman dan dijanjikan akan kembalikan balik setelah pinjaman lulus.


Pada masa yang sama mangsa diberitahu pinjaman tersebut akan diluluskan dalam masa 15 minit dan akan menerima wang RM3,250.


Kemudian, mangsa berurusan dengan seorang individu bernama "Alya" dan telah memberi butiran akaun bank bagi aktifkan akaun pinjaman.


Mangsa telah buat pindahan wang pada 4 Ogos 2022 jam 2.43 petang yang mana mangsa telah pergi sebuah bank di Kampung Nyabor untuk bank in RM250 ke dalam akaun yang diberi namun duit tersebut "force case".


Selain itu, mangsa juga dimaklumkan oleh pihak terbabit bahawa tiada kemasukan wang dan dia dimaklumkan pihak bank untuk uruskan perkara tersebut.


Mangsa juga telah menerima pesanan pada 5 Ogos 2022  yang menyatakan wang telah dipindahkan ke akaun bank diberi.


Pada jam 6.22 petang hari yang sama, mangsa memasukkan wang lagi RM250 ke dalam akaun yang diberi kerana pindahan pertama tidak berjaya.


Mangsa juga diminta untuk mengaktifkan akaun dan perlu bayar RM620 lagi namun mangsa merasa ditipu dan mengalami kerugian sebanyak RM500 yang dipinjamnya daripada kawannya.


Ekoran itu mangsa tampil membuat laporan polis.


Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.