Suami pinjam wang, isteri jadi mangsa ugutan

Gambar kredit Unsplash

SIBU— Seorang wanita berusia 27 tahun hidup dalam ketakutan kerana diugut syarikat pinjaman wang selepas suaminya yang menamakannya sebagai penjamin menghilangkan diri.


Borneo Network diberitahu, wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu menerima ugutan melalui aplikasi Whatsapp, memaksa menjelaskan pinjaman memandangkan dia dinamakan sebagai penjamin.


“Pemberi pinjaman itu memaklumkan kepada mangsa bahawa suaminya,29, membuat pinjaman sebanyak RM300.


Setakat ini kadar faedah yang dikenakan oleh syarikat pinjaman wang itu sebanyak RM1,260,” kata sumber itu.


Dia diminta membayar jumlah hutang tersebut walaupun tidak pernah menandatangani dokumen itu yang dipercayai dipalsukan suaminya.


Ketika ini, wanita itu tidak mengetahui keberadaan suaminya namun dipercayai menyembunyikan diri di bandar Sibu.


Bimbang dengan keselamatan, wanita tersebut membuat laporan polis.

Next Post Previous Post