Seludup diesel guna van sekolah

Rampasan diesel yang cuba diseludup menggunakan van sekolah. Gambar kredit Polis Marin 

MIRI—Unit Risikan Marin (URM) Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 5 mengagalkan cubaan menyeludup diesel selepas menahan sebuah van di tepi Jalan Cattleya 3, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, mereka ditahan semasa Op Kontraban oleh URM sekitar 9.30 pagi.



“Pemeriksaan lanjut oleh URM menemukan  250 liter  minyak diesel dengan anggaran nilai  RM16,327.50.


Pemandu berkenaan turut mengaku membawa muatan diesel dianggarkan sebanyak 170 liter di dalam seunit tangki besi dan tiga tong berwarna putih,” katanya dalam kenyataan.


Pemandu tersebut juga gagal mengemukakan permit atau lesen daripada Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna (KPDNHEP).



Semua barang rampasan dan tangkapan diserah kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.


Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Next Post Previous Post