-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Sarawak, nombor 3 dapat bantuan JKM

| Ogos 01, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-01T06:27:52Z

Sebahagian bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk masyarakat di pedalaman Kapit. Gambar arkib kredit Pejabat Kebajikan Masyarakat Kapit


KUALA LUMPUR—Seramai 523,354 penerima telah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membabitkan kos RM1.241 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun ini.


Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Siti Zailah Yusoff, daripada jumlah itu, penerima bantuan tertinggi adalah dari Sabah dengan kos RM157.4 juta, diikuti Johor (RM132.4 juta), dan Sarawak (RM125.1 juta)


“Jadi kita harapkan dengan bantuan yang disediakan oleh kerajaan, ia dapat meringankan beban kumpulan sasar yang memerlukan dan ini menunjukkan bagaimana keprihatinan kerajaan hari ini, kerajaan begitu prihatin untuk memastikan rakyat Malaysia terpelihara,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, di sini hari Ini.


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengkhususkan RM1.772 bilion atau 71 peratus daripada RM2.5 bilion jumlah peruntukan belanja mengurus kepada bantuan kebajikan melibatkan 517,414 penerima di bawah JKM.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update