Sarawak bina pusat konvensyen di Kuching dan Miri

Sarawak bina pusat konvensyen, konvensyen di Kuching, Miri, Sarawak Update


KUCHING, 17 Ogos: Sarawak akan membina dua lagi pusat konvensyen besar yang baharu masing-masing terletak di Kuching dan Miri.



Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pusat konvensyen baharu terbabit yang akan dibina di Kuching terletak bersebelahan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan akan menjadi BCCK kedua.


Katanya pusat konvensyen baharu terbabit yang akan dibina di Miri pula masih belum ditentukan lagi lokasinya dan sedang diusahakan pihaknya.


"Pelan akhir bagaimana reka bentuknya hanya akan diketahui selepas diluluskan Kerajaan Sarawak,"katanya ketika mengadakan sidang media Kuching Marathon 2022 di Bangunan Baitulmakmur, di sini, hari ini.


Abdul Karim berkata demikian mengulas kenyataan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baharu-baharu ini yang Kerajaan Sarawak akan membina satu lagi pusat konvensyen dekat sini bagi menyediakan tempat sesuai untuk penganjuran acara berskala besar.


Beliau berkata kemungkinan pusat konvensyen baharu itu di Kuching dua kali ganda lebih besar saiznya dari BCCK yang kini sudah tidak cukup besar bagi menampung acara lebih besar hendak dibida dan diadakan pihaknya.


"Sekiranya boleh pembinaanya (pusat konvensyen baharu terbabit) dapat disiapkan dalam tempoh 24 bulan,"katanya.


Beliau juga belum dapat mengesahkan pusat konvensyen baharu di Kuching itu bakal menjadi terbesar di Malaysia kerana belum melihat pelan reka bentuknya serta menafikan mahu melawan pusat konvensyen besar lain di negara ini.


Sementara itu mengenai Kuching Marathon 2022, Karim berkata acara terbabit akan  bermula dan tamat di Padang Merdeka di bandar raya ini dengan larian sejauh 42 kilometer (km), 21km, 10km dan 5km serta pelepasan peserta seawal jam 1 pagi pada 2 Oktober depan.


"Jumlah pelari telah mendaftar setakat ini adalah seramai 8,906 orang dan dari jumlah ini seramai 5, 811 orang pelari dari Sarawak, jadi 3,095 orang pelari dari luar Sarawak termasuk warga asing,"katanya.


Katanya bagi warga asing keseluruhannya  seramai 639 orang pelari dengan seramai 290 pelari terbabit dari Indonesia manakala Brunei (162), Singapura (105), United Kingdom (12), Kenya (7), Jepun (6), China (12), dan Hong Kong (6).


Karim berkata penganjurnya juga sudah diminta melanjutkan lagi pendaftarannya sekurangnya seminggu atau dua minggu lagi berikutan telah tutup 31 Julai lepas.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.