Saraspice akan berada di pasaran Semenanjung September ini

Saraspice, Pasaran Semenanjung, Produk lada Sarawak, Lembaga Lada Malaysia, Sarawak Update

KUCHING—Produk lada Sarawak yang dijenamakan semula, "Saraspice: Sarawak's Pride" milik Saraspice Sdn Bhd, anak syarikat penuh Lembaga Lada Malaysia (MPB) akan mula dijual dan diedar di Semenanjung pada September ini.


Perkara ini dijelaskan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin ketika berucap pada program “Saraspice Relaunch Ceremony” di ICOM Square, Kuching hari ini.



Beliau memberitahu, penjenamaan baharu itu adalah satu usaha untuk meningkatkan jualan dan produk lada Sarawak di peringkat antarabangsa.


"Penjualan dan pengedaran produk Saraspice di Semenanjung Malaysia akan bermula pada September, produk baharu Saraspice akan tersedia di kedai runcit di seluruh negara mulai bulan depan (September)," katanya.


Tegas Zuraida, Saraspice harus bekerja keras untuk mencapai sasarannya untuk menembusi jualan secara global dengan meningkatkan penggunaan lada dengan meluaskan aplikasi dalam F&B sebagai contoh perhotelan.


Tambahnya, kerjasama antara MPB dan Saraspice mesti diperkukuh untuk mempergiatkan pasaran lada.


Justeru, beliau berharap kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat menyediakan tanah yang lebih luas untuk penanaman lada di negeri ini.


"Saya ingin sekali lagi menyatakan perkara ini bahawa kita memerlukan lebih banyak tanah untuk penanaman lada kerana sektor ini mempunyai potensi yang besar.


"Kita memerlukan bekalan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan dari negara luar.  Dan saya amat yakin Malaysia boleh menjadi pengeluar lada berkualiti nombor satu," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.