Rumah Panjang 36 pintu terbakar



SELANGAU-- Sebuah rumah panjang 36 pintu di Batu 26 Jalan Sibu, Selangau di sini terbakar awal pagi ini. 


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran yang melibatkan rumah panjang itu sekitar jam 6.58 pagi. 



Komander Operasi melapor kebakaran melibatkan 36 pintu rumah panjang struktur tidak kekal telah terbakar 100 peratus.


Setakat ini kerja kerja pemadaman dan overhaul masih dijalankan.




"PGO Sarawak terima panggilan kebakaran rumah panjang dialamat berkenaan dan telah menggerakan keluaran jentera ke lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini. 




Anggota dan logistik melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau diketuai PBK II  KUP Abdul Malik Chi dengn sebuah FRT Nissan, 6 anggota. 


Selain itu, BBP Sungai Merah diketuai PBK II Mohamad Faizal, Bujang bersama  FRT  6 anggota, EMRS 3 anggota dan Water Tanker 2 angggota juga tampil membantu ke lokasi.

Next Post Previous Post