Rempuh belakang kereta lalu terkorban

Rempuh belakang kereta, Seorang buruh maut, Jalan Batu Kawa, Sarawak Update
Penunggang moosikal maut selepas merempuh sebuah kereta di Jalan Batu Kawa malam tadi.

KUCHING—Seorang buruh maut setelah motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Batu Kawa, tengah malam tadi.


Dalam kemalangan 12.30 tengah malam itu, mangsa dikenali sebagai Danny Pangiran, 31, berasal dari Kampung Lumut, Jalan Trusan Lawas disahkan meninggal dunia.



Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal ditunggang mangsa dengan sebuah kereta dipandu seorang peniaga bundle, 32.


"Kemalangan berlaku semasa peniaga bundle memandu kereta dari Batu 3, Kuching menuju ke Moyan, apabila sampai di Jalan Batu Kawa dan sedang bergerak lurus di lorong kanan, tiba-tiba keretanya telah dilanggar oleh motosikal yang ditunggang oleh mangsa dari arah belakang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelasnya, akibat pelanggaran itu, penunggang terbabit cedera parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.


Manakala pemandu kereta katanya tidak mengalami sebarang kecederaan.


Tambah Abang Zainal, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.