13 maut dipanah petir ketika hadiri majlis pengebumian

13 maut dipanah petir, Majlis pengebumian, Yaman
Gambar hiasan kredit unsplash

ADEN (Yaman)— Seramai 13 orang terbunuh manakala 21 cedera akibat dipanah petir di Yaman dalam tempoh 24 jam, lapor Anadolu memetik Agensi Berita SABA pada Ahad. 


Media tempatan melaporkan seramai tujuh orang meninggal dunia dan lapan lagi cedera akibat dipanah petir di beberapa kawasan di wilayah Hajjah.


Sementara itu, enam wanita dilaporkan maut dan 13 lagi cedera ketika menghadiri majlis pengebumian di wilayah Amran.


Dalam perkembangan lain, pada 12 Ogos, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 77 orang terkorban akibat hujan lebat dan kejadian banjir di Yaman.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.