Remaja 13 tahun antara 18 ditahan disyaki curi kenderaan

Remaja 13 tahun, 18 ditahan, Remaja curi kenderaan, Sarawak Update
Gambar Arkib

KUCHING—Polis menahan 18 individu termasuk seorang remaja berusia 13 tahun  disyaki terlibat dengan kes curi kenderaan di sekitar bandar raya ini dalam Op Bersepadu Lejang Khas yang dijalankan sejak 9 Ogos hingga semalam.


Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata modus operasi kesemua lelaki berusia 13 hingga 42 tahun itu adalah menyasarkan kediaman dan tempat letak kenderaan awam antara 4 hingga 8 pagi.


“Antara kenderaan yang menjadi sasaran adalah motosikal jenama Yamaha dan Honda manakala kereta jenis Perodua Viva dan Toyota Hilux.


“Suspek didapati menggunakan alat pemutar skru yang diubahsuai berbentuk T, satu kunci induk serta pelumpuh dengan memfokus kepada kenderaan yang tiada kunci tambahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini hari ini.


Ahsmon berkata seorang daripada lelaki itu didapati memiliki 13 rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.