Rakyat Malaysia ditahan di Batam kerana syabu bukan bekas polis

Rakyat Malaysia ditahan, Batam, Syabu, Bekas polis, PDRM, Badan Narkotika Nasional, Indonesia
Suspek ditahan semasa serbuan di rumah sewa Sukajadi, Batam yang dijadikan makmal memproses syabu. Gambar arkib kredit semuatentangbatam

KUALA LUMPUR—Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki rakyat Malaysia yang ditahan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia pada bulan lepas disyaki terlibat  dalam kes makmal memproses syabu di Batam.


Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A Skandaguru berkata bagaimanapun suspek bukan pegawai polis seperti yang didakwa dalam video yang tular menerusi berita TVOneNews di saluran YouTube mengenai penahanan itu.


“Hasil semakan mendapati suspek yang ditahan tersebut tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai polis, sukarelawan polis atau polis bantuan. 


Rekod turut mengesahkan suspek berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan ugutan kekerasan dan menyamar sebagai polis," katanya dalam satu kenyataan malam ini.


Menurutnya, PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung kes terbabit dan bersedia menyalurkan maklumat yang diperlukan dalam usaha membanteras jenayah narkotik.


Terdahulu, tular video di media sosial mengenai penahanan tiga suspek lelaki yang mana seorang daripada mereka merupakan warganegara Malaysia dan didakwa seorang pegawai polis.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.