Notification

×

Iklan

Iklan

Fokus Sarawak kini tarik pelancong premium, Abang Jo

| Ogos 16, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-15T23:48:43Z

KUCHING-- Penggiat sektor pelancongan Sarawak harus memfokus kepada menarik lebih ramai pelancong premium yang tidak keberatan berbelanja lebih untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik sepanjang berada di negeri itu.


Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dalam hal ini, negeri itu perlu terus menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan hospitalitinya bagi memastikan pelancong berpuas hati dengan apa yang ditawarkan.



"Bagi Sarawak, kami mahukan pelancong premium. Itulah sebabnya kami menganjurkan acara perniagaan dan kami menganjurkan Rainforest (Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia bagi menarik pelancong). Mereka ini adalah pelancong istimewa, mereka bukan pelancong massa,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persatuan Hotel Malaysia di sini malam tadi.



Beliau berkata kerajaan negeri telah merancang untuk mewujudkan sebuah pusat kesihatan berhampiran Pantai Damai di Santubong dekat sini yang bakal menjadi satu lagi tarikan bagi pelancongan perubatan di Sarawak.


"Selain itu, dua hotel bertaraf antarabangsa akan dibina di Sematan (bahagian selatan Sarawak di mana kita boleh menarik lebih ramai pelancong terutama pelancong perubatan dan pelancong premium," katanya.


-- BERNAMA  

×
Berita Terbaru Update