Dorris berhasrat mahu berurut ke Limbang...

Dorris Serudin, Mangsa rentung, Long Beti Medamit Limbang, Kereta terbakar, Richard, Sarawak Update

Keadaan kereta Proton Saga yang terbakar dalam kemalangan di KM 35 Jalan Nanga Medamit menyebabkan mangsa (gambar sisipan) rentung.


LIMBANG—Mangsa rentung, Dorris  Serudin 55, dari Long Beti Medamit Limbang  berhasrat untuk berurut di bandar Limbang namun tidak kesampaian selepas terlibat kemalangan dengan sebuah Hilux sebelum keretanya terbakar di Kilometer 35 Jalan Nanga Medamit pagi Isnin.


Menurut anak saudara mangsa, Richard, 45, dari Lubuk Aur Limbang, ibu saudaranya itu berniat untuk berurut selepas mengadu sakit pinggang sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku.



“Difahamkan ibu saudara saya hendak turun ke bandar Limbang untuk berurut kerana mengadu sakit pinggang.


“Tidak sangka hasratnya untuk berurut tidak kesampaian. Mendiang akan dikebumikan selepas semua ahli keluarga hadir untuk sembahyang “ katanya ketika dihubungi Borneo Network pagi ini.


Richard menambah, mendiang dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Sebiling berhampiran Kampung Engsurai pada pagi esok (Rabu).


Dalam insiden kira-kira jam 9 pagi itu, Dorris ditemukan rentung dalam kereta jenis Proton Saga yang dipandunya ketika kerja pemadaman dilakukan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Limbang.


Bagaimanapun  pemandu Hilux berusia 68 tahun  hanya cedera ringan di bahagian dada  dan dihantar oleh orang awam ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.