Projek solar sekolah pedalaman Baram terbengkalai?

Projek solar, Sekolah pedalaman Baram, Penduduk Baram, Sarawak Update
Sebahagian projek solar di sekolah rendah pedalaman Baram yang sepatutnya siap tahun lepas.

BARAM— Penduduk Baram berharap kerajaan meneruskan projek bekalan solar hibrid di beberapa sekolah pedalaman yang terbengkalai sejak tahun lepas.


Borneo Network difahamkan, projek itu sepatutnya siap pada 2021, namun sehingga kini ia tidak menunjukkan sebarang perkembangan.



Antara sekolah rendah tersebut ialah  Sekolah Kebangsaan (SK) Morek, SK Long Ikang, SK Long Kesseh, SK Long Sepiling, SK Long Aton, SK Long Teran, SK Long Lellang dan SK Long Loyang.


“Pembekalan elektrik solar di sini terlalu lambat selain banyak aspek dikurangkan dari skop asal.


Banyak projek yang dilewat-lewatkan dan penambahan tarikh kontrak,” menurut salah seorang penduduk tempatan.



Kegagalan kontraktor menyiapkan projek itu mengikut jadual merugikan sekolah kerana tidak dapat menggunakan kemudahan bekalan elektrik itu yang disediakan oleh kerajaan.


Sementara itu, guru-guru yang melahirkan kerisauan bagaimanapun tidak berani ditemubual kerana takut dikenakan tindakan disiplin.


Mereka bertukar nada selepas mengetahui wakil kami seorang wartawan.


Solar hibrid merupakan alternatif menyediakan bekalan elektrik kepada sekolah pedalaman yang sebelum ini bergantung kepada genset.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.