Hanya kereta ditemui, lelaki hilang di Jambatan Igan

Hanya kereta ditemui, Lelaki hilang di Jambatan Igan, Jembatan Igan, SAR, Sarawak Update
Kereta mangsa ditemui di atas Jambatan Igan

SIBU— Pasukan bomba dan penyelamat Sungai Merah giat melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Jambatan Igan, sejak pagi semalam.


Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak memberitahu, kehilangan mangsa, Yong Dock Ho, 25, dilaporkan oleh ahli keluarganya di Balai Polis Sungai Merah selepas penemuan kereta mangsa di atas Jambatan Igan.


“Mangsa dilaporkan hilang sekitar 10 pagi semalam.


Turut ditemui barangan milik mangsa yang ditinggalkan dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, seramai tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dan EMRS bergerak ke lokasi selepas menerima laporan daripada Balai Polis Sungai Merah pada 11.08 pagi tadi.


Setakat petang ini, mangsa belum dijumpai.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.