Polis buru suspek kes samun yang tular di Facebook
![]() |
Tangkap layar klip video kejadian ragut yang tular di media sosial |
KUCHING—Polis kini giat memburu suspek kes samun dalam video tular di media sosial Facebook hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
"Pada hari ini, polis telah mengesan satu rakaman video tular di ruangan media sosial Facebook yang di muat naik dalam tempoh durasi 27 saat yang memaparkan berkaitan kejadian ragut.
"Mangsa telah diragut oleh seorang suspek yang menunggang motosikal dengan cara melanggar bahagian belakang kenderaan mangsa kemudian melakukan samun," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, polis mengesahkan telah menerima laporan polis berkaitan kejadian yang berlaku.
Tambahnya, sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu samun tanpa senjatapi yang memperuntukan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 14 tahun, denda dan juga dikenakan atau sebat, jika sabit kesalahan.
"Gerakan memburu suspek sedang giat di jalankan oleh pihak polis.
"Oleh itu, polis mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan," tegasnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.