Peniaga rugi RM10,000 ditipu ejen pinjaman wang

ACP Zulkipli Suhaili

SIBU--Seorang peniaga di sini kerugian RM10,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai ejen pinjaman wang.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata,mangsa telah membuat bayaran yang diminta ke dalam dua akaun bank tempatan secara empat kali transaksi melalui perbankan atas talian bagi urusan proses pinjaman seperti dokumen perbankan, pendaftaran, caj pengurusan dan pembayaran cukai bagi kelulusan segera.


Menurutnya,mangsa juga dijanjikan pulangan semula wang setelah mendapat kelulusan pinjaman.


"Selepas membuat pembayaran, mangsa masih ditagih untuk membuat pembayaran lagi dengan pelbagai alasan caj yang perlu dibayar," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,mangsa yang berasa curiga telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut semalam.

Next Post Previous Post