Mahu baik pulih akaun, suri rumah rugi RM 10,600

Gambar sekadar hiasan

SIBU--Terpedaya dengan pautan yang diterima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dari nombor yang tidak dikenali bagi baik pulih akaun seorang suri rumah kerugian RM 10,600.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pada 6 Ogos lalu mangsa
menerima satu SMS dari nombor yang tidak dikenali mengatakan akaun bank miliknya berada dalam keadaan tidak normal.


Menurutnya,bagi tujuan baik pulih akaun bank tersebut mangsa perlu menekan pautan yang diberikan serta log masuk ke dalam akaun perbankan atas talian milik pengadu dengan memasukkan ID pengguna beserta kata laluan.


"Mangsa setelah berjaya log masuk ke dalam akaun perbankan atas talian miliknya telah percaya akaun bank berjaya dibaik pulih,"katanya dalam kenyataan hari ini.


Namun, katanya, semasa menyemak baki wang dalam akaun bank milik semalam didapati berlaku empat transaksi pindahan wang yang berjumlah keseluruhan RM10,600 daripada akaun bank miliknya ke akaun bank tempatan yang tidak diketahui.

Next Post Previous Post