3 ditahan dalam 'Operasi Mabuk' di Sibu


SIBU-Tiga lelaki tempatan ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dalam 'Operasi Mabuk' yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di Jalan Tunku Osman, di sini malam tadi.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia 39 hingga 57 tahun disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu kenderaaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan. 


"Dalam operasi yang dijalankan mulai  10 malam hingga 3 pagi tersebut pelbagai kesalahan dan tindakan saman telah diambil.


"Antaranya seperti kesalahan lesen memandu, kesalahan ubahsuai ekzos, ubahsuai struktur, kesalahan LKM dan tidak pamer P," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,pihak polis menasihatkan orang awam supaya mematuhi undang-undang jalan raya. 


"Orang awam disaran agar jangan memandu ketika dibawah pengaruh alkohol demi menjaga keselamatan diri dan orang lain," tegasnya.

Next Post Previous Post