Penganggur ditahan positif, miliki syabu
![]() |
Suspek ditahan bersama syabu seberat 7.49 gram. |
PADAWAN-- Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun bersama dadah jenis syabu dalam satu serbuan di Kampung Sinar Batu 13, Jalan Penrissen pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek ditahan sekitar 5.15 petang oleh sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Padawan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.
"Sebelum pemeriksaan dibuat, pengadu telah bertanya kepada suspek ada menyimpan apa-apa barang yang salah atau tidak.
Suspek telah menyerahkan sendiri kepada polis paket plastik sederhana besar yang di dalamnya mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 7.49 gram dianggarkan bernilai RM749,"katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, keputusan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine.
"Permohonan reman bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952," katanya.
Siasatan awal mendapati suspek tiada kesalahan lampau.
"Suspek juga mengakui dadah yang dirampas adalah miliknya yang didapati secara 'bank in'
daripada seorang lelaki tempatan.
Abang Zainal menambah, usaha mendapatkan maklumat lanjut dari suspek dan mengesan punca bekalan dadah akan diusahakan.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.