-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Rasuah kuota warga asing: SPRM tahan dua lagi individu

| Ogos 04, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-16T06:45:25Z
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.

PUTRAJAYA--Susulan penahanan lapan individu bagi membantu siasatan kes rasuah bagi mendapatkan kuota pekerja asing di negara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua lagi individu hari ini.


Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30an dan 50an itu masing-masing merupakan ahli perniagaan dan pemilik syarikat agensi pekerjaan telah ditahan kira-kira jam 10 dan 12 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.


Sumber berkata, ahli perniagaan tersebut disiasat berhubung penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM1 juta daripada ejen pekerjaan manakala seorang lagi suspek tersebut kerana disyaki membayar rasuah kepada syarikat penyedia platform bagi permohonan pekerja asing.


Majistret Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Ogos 2022 selepas pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.


Semalam, SPRM telah menahan lapan individu dengan enam daripadanya direman tiga hari manakala dua lagi suspek masing-masing seorang lelaki dan  wanita dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.


Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut.


Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

×
Berita Terbaru Update