Penduduk gempar jumpa mayat reput di Sungai Satok

Mayat lelaki warga emas ditemukan terapung di Sungai Satok berhampiran Kampung Nombor 6, di sini hari ini.

KUCHING—Mayat seorang lelaki warga emas yang lengkap berpakaian ditemukan terapung di Sungai Satok berhampiran Kampung Nombor 6, di sini hari ini.


Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa dalam kenyataannya berkata, mayat berkenaan ditemukan orang awam sekitar tengah hari tadi.


“Sementara pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari, orang ramai digemparkan dengan penemuan mayat lelaki tersebut yang tular di media sosial.


“Hasil siasatan polis ditempat kejadian, pasukan mengenalpasti identiti mayat terbabit merupakan lelaki berusia 80 tahun yang dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah pada 9 Ogos lalu,” katanya.


Menurut Merbin, pemeriksaan awal terhadap tubuh badan lelaki itu tidak menemui sebarang kecederaan mencurigakan dan keadaan mayat juga dalam proses pereputan.


Selain itu katanya, jasad lelaki itu masih lengkap berpakaian dan dompetnya juga ditemui dalam poket seluar bahagian belakang.


“Jasad lelaki itu telah dibawa je Jabatan Forensik Hospial Umum Sarawak (HUS) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.


“Sehubungan itu, polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian,” tegasnya.

Next Post Previous Post