Pemandu remaja lagak samseng ditahan polis

Pemeriksaan semasa Op Samseng di sekitar bandar Sibu malam tadi. Gambar Polis 

SIBU— Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang beraksi samseng dengan memandu secara melulu dan berbahaya ditahan polis malam tadi.


Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, remaja tempatan itu ditahan  semasa Op Samseng oleh sepasukan polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bermula 9 malam hingga 3 pagi tadi.


“Operasi tersebut telah diadakan di sekitar Jalan Awang Rami Amit, Jalan Bujang Suntong dan Dataran Sibu.


Seorang orang lelaki tempatan berumur 18 tahun telah ditahan kerana didapati memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Aka Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.


Dalam operasi tersebut, pelbagai kesalahan dan tindakan saman telah diambil antaranya kesalahan lesen memandu, ubah suai ekzos, ubah suai struktur, lesen kenderaan motor, plat nombor, tiada cermin sisi dan tidak mempamer P.


Zulkipli menasihatkan orang awam supaya mematuhi Undang-undang jalan raya.


Beliau mengingatkan ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang.

Next Post Previous Post